Tips bergaya dengan tudung satin, Tampak kemas & Versatile

Tips bergaya dengan tudung satin, Tampak kemas & Versatile

Dari hari ke hari seperti yang kita semua sedia maklum, perubahan gaya fesyen berubah-ubah dan bagi sesiapa yang tidak mahu ketinggalan dengan dunia fasyen terkini pastinya akan ikut "trending terkini" samaada gaya pakaian mahupun hijab.

Kami di Galeri Hajra sentiasa mengikut peredaran fasyen terkini untuk pastikan semua pelanggan kami sentiasa cantik dan bergaya berhijab bersama tudung-tudung dari Galeri hajra khasnya.

Kami nak kongsikan TIPS penting bagi yang nak bergaya hijab menggunakan tudung material satin. Satin merupakan salah satu jenis material fabrik yang agak licin tetapi tampak sangat mahal, ekslusif dan versatile pada sipemakai.  Soalnya sekarang, bagaimana nak gayakan tampak kemas dan cantik?

  1. Pastikan tudung telah digosok dengan rapi dan gigantung pada tempat yang sesuai. Elakkan letak diatas katil atau tilam kerana ianya mudah berdekut dan meninggalkan kesan. Kesan kedutan boleh menyebabkan kesukaran untuk bentukkan tudung bermaterial satin.
  2. Gunakan jarum peniti yang tajam dan halus. Ianya sangat penting untuk mengelakkan daripada benang tertarik dengan mudah. Kain satin ini mudah tertarik benangnya keranya ianya sangat lembut dan licin. 
  3. Pin kan jarum pada tempat-tempat yang perlu. untuk nampak lebih kemas dan rapi. lebih byk pin lebih kemas. Tetapi sekarang ramai telah mula gunakan "stitch gun" lebih mudah katanya.
  4. Penggunaan inner mestilah gunakan yang "cotton" elakkan sama sekali gunakan material lain terutamanya "lycra". Ianya licik dan sangat sukar untuk pakai bersama tudung satin.

    Nak dapatkan koleksi tudung "satin silk" printed yang cantik dan moden? Boleh dapatnya hanya di Galeri Hajra.

    RELATED ARTICLES