JANGAN LAKUKAN INI DI MAJLIS PERKAHWINAN ORANG

JANGAN LAKUKAN INI DI MAJLIS PERKAHWINAN ORANG

Majlis perkahwinan diadakan untuk meraikan pasangan mempelai yang baru sahaja bernikah. Majlis perkahwinan juga diadakan bagi memperkenalkan pasangan masing-masing dengan ahli keluarga, sahabat, jiran tau sesiapa yang rapat dengan pengantin. Memandangkan tuan rumah telah menjemput, sekarang tanggungjawab kita pula untuk menjaga air muka tuan rumah dan bersikap baik di majlis orang. Mungkin ramai yang tahu, ramai juga yang tak tahu tapi ramai juga yang tahu tapi pura-pura tak tahu apa yang perlu buat dan jangan buat di majlis orang. 


Berpakaian sopan dan menutup aurat 

Di majlis perkahwinan, pasti ada golongan orang tua dan kanak-kanak. Pakailah pakaian yang sopan dan tidak ketat bagi menghormati majlis dan orang sekelling. Elakkan memakai pakaian yang mempunyai tulisan atau lukisan yang tidak senonoh agar tidak mengganggu keselesaan orang lain. 


Hulur hadiah tapi kosong 

Hadiah ni pelbagai bentuk, ada yang bagi dalam bentuk barangan, ada yang bagi dalam bentuk wang ringgit dan umum mengetahui hadiah memang mengikut kemampuan dan seikhlas hati tapi kalau tak memberi pun tak ada masalah. Yang menjadi masalah bila kita menipu dengan memberi “hadiah” kosong. Tak baik macam tu tau.

Berbisik atau berniat untuk mengata 

Tak ada orang dalam dunia suka diri mereka diperkatakan sama ada di depan ataupun di belakang. Kalau dah datang tempat orang, jangan berbisik dan pandang orang lain atas bawah. Tak baik macam itu. Bawalah aura positif dan meriahkan majlis orang dengan senyuman manis dan riang gembira. 

Merungut tentang makanan

Makanan kalau sedap orang bercakap, kalau tak sedap lagi lah orang mengata. Tak baik sebenarnya macam itu. Tuan rumah kalau dah niat nak berkongsi rezeki, mesti mereka dah berniat nak bagi makanan yang terbaik untuk tetamu. Kalau sedap, makan dan senyum, kalau tak sedap, makan dan diam. 


Tapau makanan sendiri sebelum kenduri habis 

  Setiap kenduri mesti dah ada peruntukan bajet berapa untuk makanan berdasarkan jumlah tetamu. Kalau kenduri belum habis, anda janganlah pandai-pandai pergi tapau makananan sendiri walaupun anda tolong merewang, selagi tak dapat izin dari tuan rumah, janganlah kita tebal muka pergi ambil. Kesian kalau lauk tak cukup, kesian dekat tuan rumah, kesian dekat tetamu yang tak dapat makan. 


Mintak goodies/buah tangan lebih 

Sama juga dengan goodies atau buah tangan, tuan rumah dah kira siap berapa tetamu yang akan hadir, anda janganlah kira ahli keluarga anda yang tidak hadir dan minta goodies lebih pula. Kalau tak cukup nanti, tuan rumah yang tanggung malu sekali lagi, kesian tuan rumah. Apa yang kita terima, itu sahaja yang kita bawa pulang. Cukup lah kan.

RELATED ARTICLES