CARA PAKAI TUDUNG MENGIKUT BENTUK MUKA YANG SESUAI.

CARA PAKAI TUDUNG MENGIKUT BENTUK MUKA YANG SESUAI.

Setiap daripada kita mempunyai bentuk wajah yang berbeza-beza, ada yang berbentuk bulat,tirus, lonjong, hati, bujur sirih dan sebagainya. Setiap bentuk bukan semuanya sesuai dengan pelbagai stail tudung dan ada juga yang sesuai dengan semua gaya tudung. Wanita sekarang pula semakin buka mata dengan penggayaan tudung yang trendy agar mereka sentiasa mengikut arus peredaran fashion hijab. Banyak channel untuk belajar tutorial tudung, ada di Youtube, Tiktok, Instagram, Facebook dan sebagainya. Sebelum anda ingin memulakan penggayaan tudung, pastikan anda mengenal bentuk wajah anda dahulu. 


BENTUK WAJAH BULAT/ROUND FACE 

Wanita yang mempunyai bentuk muka yang bulat panjang dan lebar muka yang hampir sama. Tulang rahang yang terlindung dan pipui yang berisi. Para wanita yang mempunyai bentuk wajah bulat dan suka memakai tudung yang ada awning seperti tudung bawal, selendang mahupun tudung sarung,  elakkan melipat tudung sehingga keluar dari kawasan pipi kerana ianya akan menyebabkan pipi anda kelihatan lebih bulat dan berisi. Pastikan anda memilih anak tudung yang nipis agar ukur lilit tudung tidak bertambah, dan jangan lilit tudung terlalu ketat kerana ianya akan membuatkan pipi anda bertambah bulat. 


BENTUK WAJAH BUJUR 

Wanita berwajah bujur mempunyai dahi yang lebih luas berbanding pipi dan dagu, mereka juga mempunyai dagu yang runcing. Pastikan anda memakai anak tudung dan menutupi sedikit ruang dahi. Anda tidak sesuai membuat sanggul terlalu tinggi, rendahkan sedikit. Anda bebas untuk membuat lipatan tudung sama ada di bawah atau di atas tulangh pipi. Pastikan anda tidak menutupi ruang pipi agar muka tidak kelihatan terlalu  panjang.

 

BENTUK SEGI EMPAT 

Wajah segi empat mempunyai rahang yang lebih panjang dari tulang pipi, manakala ukuran dahi, pipi dan rahang hampir sama. Anda mestilah memakai scarf sehingga menutup sedikit bahagian dahi. Anda boleh membuat lipatan round shape sehingga tertutup bahagian rahang. Sekiranya anda ingin memakai selendang, kalau boleh jangan gunakan ikatan Bienda atau ikatan selendang di belakang tengkuk kerana ianya akan menyerlahkan lagi jawline anda dan menampakkan wajah anda lebih besar. Anda sesuai menggayakan selendang dengan ikatan longgar atau tanpa mengenakan sebarang kerongsang pada tudung.  


BENTUK SEGI TIGA/HATI

Wanita berwajah segi-tiga atau hati mempunyai bentuk wajah yang tirus dan dagu yang panjang. Anda boleh menggayakan tudung dengan cara pin tudung belakang tengkuk untuk menonjolkan lagi bahagian rahang. Anda boleh juga memakai anak tudung sedikit keluar untuk menutup sedikit bahagian dahi. Anda juga boleh menajamkan sedikit bahagian awning untuk mengelakkan dahi nampak terlalu luas.

RELATED ARTICLES