5 TIPS FASHION UNTUK ANDA CUBA

5 TIPS FASHION UNTUK ANDA CUBA

Fashion ialah satu perkara yang luas dan tanpa batas,bukan hanya sekadar pemilihan material, warna atau bentuk baju, fashion juga berkait dengan personaliti seseorang, lain orang, lain genre fashion yang di bawa. Dalam berfashion, anda bebas untuk meluahkan persona diri dengan gaya tersendiri tapi jangan luar batasan, takut nanti nampak ‘over, pelik atau tidak sesuai dengan suasana. Untuk itu min nak kongsi beberapa tips fashion untuk anda. 

1. Memilih pakaian sesuai dengan usia: 

Ini kedengaran terlalu asas, tapi ramai juga yang terlepas pandang kerana ada yang terpengaruh dengan minat atau meminati seseorang ikon yang lebih muda atau lebih tua dan cuba untuk menjadi seperti mereka. Anda akan nampak lebih tua atau lebih muda atau nampak ‘lupa diri’ sekiranya anda salah memilih pakaian yang sesuai dengan umur anda. 

2. Saiz Pakaian 

Dalam pemilihan saiz pakaian, anda perlu mengenal bentuk badan anda, adakah berbentuk apple, pear, hourglass, lurus dan sebagainya. Untuk yang berbadan kurus, jangan pakai baju terlalu besar kerana ianya akan menampakkan akan terlalu kurus dan pakaian menjadi gelebeh. Untuk yang berbadan gempal atau berisi, tidak disarankan untuk memakai pakaian terlalu ketat kerana ianya akan menimbulkan segala lemak-lemak pada tubuh, sebaiknya pakailah pakaian yang sedikit longgar dan masih selesa untuk bergerak. Ha nampak kan betapa besar kesan saiz pakaian dalam penggayaan anda. 

3. Warna pakaian 

Padanan warna sangatlah penting dalam mengenakan outfit, untuk tampak lebih muda dan menyerlah, anda boleh mengenakan warna terang untuk menaikkan mood ceria dan bersemangat. Anda tidak digalakkan untuk mengenakan outfit lengkap dan mempunyai lebih dari 3 warna, bak kata orang putih, ‘simple is better’. 

4. Pemilihan tudung

Ini memang sangat penting untuk wanita berhijab, pemilihan tudung bukan sahaja berkaitan material tai juga dari segi design, pemilihan warna, kesesuaian dengan bentuk muka juga perlu diambil kira. Material tudung adalah pelbagai dan antara yang berkualiti ialah high quality chiffon, material mudah dibentuk dan mudah digosok. Untuk para muda-mudi, anda pasti kelihatan manis kalau berbawal kerana tudung bawal tidak mati dek zaman. Untuk peminat selendang, pastikan anda memilih material yang lembut supaya tudung sentiasa flowy, satin 

5. Pemilihan bentuk rambut 

Yang sesuai dengan orang, belum tentu sesuai dengan kita. Pemilihan rambut akan memberi kesan kepada personaliti yang kita cuba bawa. Rambut juga memberi persepsi pertama bila berjumpa orang buat kali pertama. Sentiasalah menjaga kebersihan dan kekemasan rambut. Pilihlah potongan rambut yang sesuai dengan bentuk muka anda dan pastikan rambut anda cukup nutrisi dan vitamin yang membantu menguatkan rambut dan tampak lebih sihat dan lebat. 

RELATED ARTICLES